Salam,
Baiklah, jika nak menunggu siapnya website mysoffya dengan jayanya, rasanya begitu lama (sebenarnya dah separa siap, tapi kurang bersetuju dengan template, maka tukar lagi). Jadi, admin perkenalkan dulu apa genre produk yang dijual secara total di website tersebut.
Umumnya, dalam website itu nanti admin nak berkongsi tentang fesyen, kecantikan dan kesihatan dengan wanita khususnya, dan dalam masa yang sama memasarkan produk-produk yang boleh digunakan untuk melengkapkan minat berfesyen serta minat menjaga kesihatan dan kecantikan dalam kalangan wanita.
Wanita... kita kan bukannya sekadar menghias diri sahaja, bukan? tapi dalam masa yang sama kita harus menjaga kecergasan diri juga, betul? Malahan, kita juga memerlukan tenaga untuk kekal ceria sepanjang hari. Jadi, penjagaan kesihatan dalaman amat perlu, begitu juga kecantikan dalaman. Maka, mysoffya akan berkongsi tentang itu. Mysoffya akan berkongsi apa produk yang admin gunakan selama ini untuk kekal cergas dan sihat sepanjang hari, sebab menjadi pelajar dan usahawan sebelum ini bukan tugas yang mudah, memerlukan tenaga secukupnya untuk menjalankan aktiviti seharian, kan?
Kecantikan...wanita dan kecantikan tak dapat dipisahkan, kan? baik, mysoffya bukan saja nak jual produk nak tampal sana -sini, tapi akan berkongsi bagaimana cara nak tampal produk tu dengan betul, bagaimana nak jaga kualiti kulit secara semulajadi serta membongkar rahsia bahan-bahan dalam sesetengah produk yang sebenarnya membahayakan kulit. InsyaAllah, dengan kerjasama organisasi lain juga, mysoffya akan menjalankan kelas-kelas beauty (penjagaan kulit muka, bukan perihal make-up) supaya wanita dapat menjaga kesihatan kulit muka secara semula jadi.
Fesyen juga satu perkara besar bagi wanita. Fenomena bertudung menyerang kita tanpa batasan. Saban hari, fesyen ini bertukar-tukar tanpa sempat kita mengejarnya. Jadi, selain memasarkan produk tudung, baju dan aksesori wanita... admin harap dapat juga dikongsikan bersama wanita di luar tentang teknik-teknik pemakaian shawl, menjaga kualiti tudung, bagaimana nak memastikan tudung sentiasa mengikut trend walaupun ia keluaran lama...
Selain fesyen, kecantikan dan kesihatan...mysoffya akan turut memasarkan produk lain dari myelly serta rakan niaga myelly yang lain, seperti cadar berkualiti tinggi, barangan rumah, pinggan mangkuk, anak patung buatan tangan dan pelbagai lagi... InsyaAllah.
Mysoffya..kesinambungan myelly (serta rakan-rakan niaga yang lain seperti mytiaraa, myhouse, mymoney dan lain-lain) insyaAllah akan dilancarkan bersama-sama myelly pada 10 Julai 2010 bersama-sama Rabbani umrah velly di stadium Melawati, shah Alam. Diharap sesiapa yang berkesempatan, mempunyai kesenangan ruang dan masa ketika itu, dapat bersama-sama admin dan rakan-rakan mempromosikan website ini di sana nanti...
InsyaAllah, pelbagai aktiviti menarik akan diadakan... contohnya, pemeriksaan kesihatan yang membolehkan semua kita mengetahui secara menyeluruh tentang keadaan tubuh badan, sama ada dari segi kandungan lemaknya, tekanan darahnya, BMI, dan gula dalam darah serta 8 lagi maklumat lain. InsyaAllah...
Jadi, apa sahaja perkembangan mysoffya akan diupdate di sini dan blog personal admin, iaitu .soffya cik bulan.. Semoga rakan-rakan akan menyokong perkembangan mysoffya...mudah-mudahan...
admin:
namun segala-galanya tertakluk pada takdir yang Esa...kita akan terus berusaha tapi bangun jatuhnya hanya berlaku dengan kehendak DIA...mudah-mudahan, takdir yang terbaik adalah milik kita...:)
GoodLuck pia!
ReplyDeletethnks dini!
ReplyDeleteproud of u
ReplyDeletesyg...kalau mahu join, bilang ye..:)
ReplyDelete